Friday, January 3, 2014

52 WEEK MONEY SAVINGS CHALLENGE

assalamualaikum readers,

Hah ada berani buat masa baca tajuk ni...berani tak berani kita kena buat jugak.
Hari ni scha nak share sedikit ilmu yang dulu scha belajar masa kelas Dr.Azizan Osman [ class IMKK]...kalau nak tanya pasal class ni memang best and scha suggest gila-gila kat u olls pergi lah kelass ni...and  u olls sure tak akan menyesal...[i berani potong jari lah]......hihihih

Ok back to the story tentang apa yang scha nak share. dalam class IMKK ni memang ada macam-macam topik DAO ajar. Tapi hari ni scha just share pasal 'savings'....Ramai kat luar sana selalu bising selalu mengeluh duit tak cukup, tak boleh nak simpan duit sebab gaji kecil lah, nanti tak cukup makan lah dan macam-macam lah.[termasuk lah orang yang menulis ini] hihihihi....hah nampak bukan u olls je tapi scha pun sama,..

Bab savings ramai sangat yang susah nak buat, bila duit kat tangan macam-macam la nak di buatnya. So nak tak nak u olls memang kena buat. DAO ada ajar pasal 6 tabung yang perlu ada. tapi scha just share 1 je [yang lain kena pegi class ye].... Tabung yang scha cakap tu yelah TABUNG FFA....apa kejadah pulak TABUNG FFA ni.....

TABUNG FFA

" merupakan simpanan anda hasil daripada 10% income yang anda perolehi setiap bulan. Tak kisah lah dari hasil gaji ke. Gaji + Side Income ke....apa sahaja yang anda perolehi setiap bulan."


hah mesti ada yang dah berkira-kira, pengsan la aku nak simpan banyak ini banyak itu....hihihi.
Relax Chills u olls.....so scha ada satu suggestion pada mereka yang ada rasa macam ni. Takpe scha paham

Cara mudahnya, rasa-rasa kalau balik rumah lepas habis kerja tu ada tak dalam wallet balance RM1...sure ada kan...so ambik RM1 tu simpang dalam tabung yang anda buat sendiri dan namakan TABUNG FFA...
Tapi u olls....bukan setiap hari RM1....

TIPS
 Setahun ada 12 bulan
2014 ada 52 minngu = 12 bulan

Paham kan, sampai sini [kita dah divide kan jadi minguan]

next step....anda hanya perlu simpan ikut mingguan. tapi setiap mingguan kenalah digandakan...bukan seminggu RM1..tapi digandakan setiap minggu nya.Contoh

week 1 = RM1
week 2 = RM2
Week 3 = RM3

so total untuk 3 minggu kita dah simpan RM6....owhhhh mudahkan...dan sure u olls semua boleh buatkan.....
bayangkan minggu ke 52 tu anda hanya perlu simpan RM52...

ala setakat RM52 tu, setiap hari pun kita boleh habiskan RM50...bila pikir-pikir balik tak tahu lah buat apa dengan RM52 tu kan...so baik masuk dalam TABUNG FFA ni...terutama kaum adam, hisap rokok pun sehari dah berapa ringgit sekotak kan...[opss jangan terasa ye,ni nak kasi contoh apalah sangat rm52 tu]...


ini scha suggest pada mereka yang rasa tak mampu untuk menabung banyak..at least ada lah jugak daripada tiada kan..End of year 2014 anda akan mempunyai sebanyak RM1378....

wahhhhh dari 0 tak nampak mana duit tu....hujung tahun ada jugak saving je...bayangkan kalau anda boleh buat 3 tahun ke 5 tahun ke....[TAPI JANGAN KOREK BAWA KELUAR YE] hehehhee

kat sini scha share template yang rasa-rasa ada hati nak buat.....so tinggal print and tampal pada tabung..

and siapa tak boleh nak bayangkan lagi camne la rupa tabung tu kan..tak payah susah cari je jar or bekas kuih raya ke, buat macam ni.....



Selamat mencuba semua....penuhkan tabung FFA anda...tak perlu kita merungut itu dan ini. yang penting kita ambik langkah inisiatif untuk diri kita sedniri...kalau yang boleh buat lebih lagi bagus....now scha start with RM10 1st january hari tu...so doa-doakan sscha berjaya ye menghabiskan sampai hujung tahun hehehhe













No comments:

Post a Comment